BM | EN | 中文

AHLI PARLIMEN TANJUNG PIAI MENINGGAL DUNIA

Datuk-Wira-Dr-Mohamed-Farid-Md-Rafiq.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 SEPT : Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wira Dr Mohamed Farid Md Rafiq meninggal dunia sekitar 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Berita kematian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Perpaduan Negara itu dimaklumkan oleh adiknya, Mohd NorHisham menerusi pesanan Whatapp.

“Berita sedih kepada seluruh warga Tanjung Piai serta rakyat Malaysia umumnya.

Advertisement

“Diberitakan Yang Berhormat Datuk Wira Dr Farid telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 6.00 pagi tadi,” katanya.

Difahamkan jenazah Naib Pengerusi Bersatu Tanjung Piai itu kini berada di Hospital Pontian.

Dijangka juga jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah bondanya di Serkat Pontian untuk disempurnakan mandi, kafan dan pengkebumiannya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top