BM | EN | 中文

Ahli parlimen Sri Gading letak jawatan Timbalan Menteri

Datuk-Dr.-Shahruddin-Salleh.png
Advertisement

BATU PAHAT, 4 JUN: Ahli parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi Shahruddin berkata, peletakan jawatannya berkuatkuasa mulai hari ini.

Katanya, beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,

“Sekian pernyataan yang saya ingin maklumkan terutama kepada pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – Johorkini

Advertisement

BACA: “Anak muda hilang kerja, apa Exco Belia Johor buat?

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top