BM | EN | 中文

AHLI PARLIMEN PULAI SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

IMG-20191028-WA0005.jpg
Advertisement

PONTIAN, 28 OKT: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyerahkan bantuan kepada 76 mangsa banjir di Kampung Tuah Jaya, semalam.

Antara bantuan yang disampaikan adalah seperti makanan, antaranya beras, biskut dan minyak masak selain barangan keperluan asas lain.

“Petang tadi (semalam) saya memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Kg Tuah Jaya dalam Parlimen Pulai.

Advertisement

“Seramai 76 orang penduduk terjejas dalam banjir yang berlaku pada 22 Oktober lalu.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesusahan yang mereka hadapi,” kata Salahuddin.

Difahamkan, banjir yang berlaku di kampung berkenaan pada 22 Oktober lalu berpunca akibat masalah perparitan, namun air banjir surut kira-kira lima jam kemudian.

Advertisement

Justeru itu Salahuddin berkata, pihaknya dan Pusat Khidmat Parlimen Pulai mengambil maklum dan telah pun menghubungi jabatan berkaitan untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu seorang penduduk Kg Tuah Jaya, Daieng Siti Aisyah ketika ditemui mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diperolehi.

Katanya, ia sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung penduduk kampung.

Advertisement

“Saya bersyukur dan gembira kerana Datuk ambil cakna tentang kampung ini dan sudi turun ke Kg Tuah Jaya.

“Sumbangan yang diberi meringankan beban penduduk,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top