BM | EN | 中文

Ahli parlimen Pulai agih lebih satu tan ikan dan sayur kepada penduduk setempat

salahuddin-ayub-bantuan-b40.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 MEI: Bagi kesinambungan hidup golongan yang terjejas, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP) telah menggerakkan pasukannya untuk menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan kepada penduduk di parlimen tersebut.

Menurut pegawai ahli parlimen Pulai, Sharon Teo ketika dihubungi memaklumkan, sasaran pemberian sumbangan itu adalah kepada golongan B40 yang terjejas teruk.

Agihan turut dibuat oleh ahli parlimen Pulai sendiri, Datuk Seri Salahuddin Ayub baru-baru ini.

Advertisement

“Sumbanan untuk mengurangkan bebanan yang dipikul rakyat dan kita mahu mereka sama-sama merasai sedikit kenikmatan dalam juadah harian mereka.

“Kita semua maklum atas faktor PKP ini pelbagai golongan terjejas sumber pendapatan, maka inisiatif ini diadakan bagi membantu mereka.

“Selain itu, kita mahu mendekatkan diri kita dengan penduduk di parlimen ini sekaligus mendengar masalah yang mereka alami untuk diperjuangkan,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada para penyumbang barangan keperluan tersebut.

Selain itu, turut disampaikan ialah barangan keperluan lain seperti sayur-sayuran, antaranya kobis, timun, terung, cili, bendi.

“Saya berterima kasih kepada penumbang, encik Tan yang menyumbang sayur-sayuran, juga kepada encik Chong dan encik Tei yang masing-masing menyumbangkan ikan.

Advertisement

“Selain itu barangan keperluan harian kering turut diserahkan melalui sumbangan Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Kita akan terus menjalankan aktiviti atau program ini bagi meringankan bebanan dialami penduduk di sekitar Parlimen Pulai ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top