BM | EN | 中文

Ahli parlimen Pontian antara MP Umno “mahu keluar” kerajaan PN – Laporan

ahmad-maslan.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

PONTIAN, 5 JUL: Ahli parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan antara ahli parlimen Umno yang dikatakan kekal dengan cadangan parti itu sebelum ini untuk keluar dari kerajaan Perikatan Nasional.

Portal MalaysiaNow yang memetik satu sumber yang tidak dinamakan melaporkan, Ahmad Maslan kekal dengan keputusan itu dan bersama dengan bekas perdana Menteri, Najib Razak.

Portal itu bagaimanapun tidak dapat membuat pengesahan mengenai dakwaan tersebut.

Advertisement

Terdahulu, MalaysiaNow melaprkan ahli-ahli parlimen Umno hari ini menolak cadangan parti itu untuk keluar daripada kerajaan dan mengenepikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi susulan tarikh akhir bersama kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan ahli-ahli parlimen Umno termasuk anggota kabinet dari Umno telah menemui Zahid, di mana mereka diarahkan untuk membuat persetujuan bagi cadangannya untuk Umno keluar kerajaan pada Rabu ini.

“Semua kecuali Najib Razak dan seorang lagi ahli Parlimen tidak bersetuju dengan langkah tersebut,” kata sumber yang mengetahui kandungan mesyuarat itu hari ini, lapor MalaysiaNow.

Advertisement

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebelum ini menyatakan kerjasama parti itu dengan kerajaan PN berjalan sehingga pilihan raya.

Namun, presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 21 Jun memberi amaran, kerajaan perlu memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan yang dikeluarkan parti itu.

Manakala hari ini, kerajaan bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top