BM | EN | 中文

Ahli parlimen perlu peroleh lebih awal kenyataan menteri untuk dibahas – Kit Siang

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISAKNDAR PUTERI, 21 JUL: Ahli parlimen perlu mendapatkan terlebih dahulu kenyataan menteri sebelum ia dibahaskan pada sidang khas parlimen.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menjanjikan yang ahli-ahli parlimen akan diberi ruang untuk berbahas dalam persidangan “khas” Dewan Rakyat selama lima hari yang akan bermula Isnin depan.

“Setiap kenyataan Menteri ini sepatutnya diedarkan kepada ahli-ahli parlimen terlebih dahulu, walaupun di bawah embargo daripada penerbitan, untuk membolehkan adanya perbahasan yang lancar dan efisien,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan yang disiarkan di blognya.

Advertisement

Ujarnya lagi, ia memandangkan tidak ada waktu pertanyaan jawab lisan, dengan setiap hari persidangan hanya mempunyai enam jam waktu perbahasan.

“Yang di Pertua Dewan Rakyat perlu memaklumkan Ketua Pembangkang Parlimen, berapa ramai ahli-ahli parlimen Pembangkang yang akan diberikan ruang untuk menyertai perbahasan untuk setiap hari persidangan khas ini supaya persiapan boleh dibuat terlebih dahulu.

“Selain daripada kenyataan menteri, perlu juga ada perbahasan mengenai Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang diluluskan.

Advertisement

“Setiap perbahasan ini perlulah disusuli dengan undian,” katanya lagi.

Tambah veteran DAP itu lagi, kenyataan menteri ini kemudiannya boleh digulung di akhir persidangan, dengan memberikan jawapan kepada penjelasan yang diminta dan pandangan yang dibangkitkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top