BM | EN | 中文

Ahli parlimen Pasir Gudang tawar diri terima suntikan vaksin Covid-19

Hassan-Karim-MP-Pasir-Gudang.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 18 DIS: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan parlimennya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Bahawa saya Hassan bin Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan sesungguhnya dan suci hati mengisytiharkan bahawa saya menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang untuk menerima Vaksin menentang Covid-19.

“Tujuan saya membuat pengisytiharan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang, di Johor dan di seluruh Malaysia bahawa vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolalan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat.

Advertisement

“Bersama-samalah kita perangi pandemik Covid-19 ini untuk kita mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup kita sebagai masyarakat manusia yang bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin turut menawarkan diri untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata

Advertisement

Pada masa yang sama katanya, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin itu dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela terutama golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top