BM | EN | 中文

Ahli Parlimen Pasir Gudang rayu kerajaan Johor kaji semula semakan cukai tanah

hassan-2.jpg

Hassan Abdul Karim ketika ditemui wartawan.

Advertisement

PASIR GUDANG, 13 JAN: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim merayu agar kerajaan negeri mengkaji semula semakan cukai tanah yang diumumkan berkuatkuasa di negeri ini bermula 1 Januari lalu.

Hassan berkata, ruang perbincangan masih terbuka dan pihaknya membawa suara rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan negeri dalam pilihanraya umum ke-14 lalu.

“Saya memohon dan merayu agar kerajaan negeri mengkaji semula. Sebab ada kenaikan yang tinggi dan bermacam-macam kategori hartanah.

Advertisement

“Kita tahu keadaan ekonomi tidak berapa bagus sangat dan kerajaan dapat kutip hasil yang lebih. Namun sebagai Ahli Parlimen, saya ingin menyatakan, walaupun mustahak, ini bukan soal duit sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas program Penyerahan Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina di SJK (C) Chee Tong, Taman Megah Ria, di sini hari ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR negeri berkata, beliau telah menghadiri taklimat berhubung semakan cukai tersebut pada 9 Januari lalu bersama Ahli Parlimen dan ADUN negeri di Kota Iskandar yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor.

Advertisement

Namun katanya, kenaikan tersebut perlu ditimbang semula kerana sepanjang 16 tahun lalu, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) masih boleh mentadbir tanpa menaikkan cukai.

“Daripada 16 tahun yang lalu, 14 tahun di bawah kerajaan BN dan dua tahun dibawah PH. Kerajaan BN bukannya tak nak naikkan (cukai tanah) tapi mungkin mereka fikir tak sesuai lagi.

“Saya sebagai ‘frontline’ (garis depan) untuk mengambil alih kerajaan Johor daripada BN, kita bersusah-payah mengadakan manifesto, air percuma dan sebagainya untuk rakyat undi kita. Bayangkan, dalam dua tahun kita (pula) naikkan cukai tanah.

Advertisement

“Saya berharap kerajaan negeri ada tolak ansur. Saya rayu untuk bincang dan kaji semula,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top