PASIR GUDANG, 15 JAN: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mencadangkan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan program vaksiniasi percuma susulan wabak influenza yang melanda beberapa negeri di negara ini.
Melalui laman facebooknya, Hassan mencadangkan program vaksiniasi percuma (free vaccination) buat kanak-kanak sekolah, tadika dan pusat asuhan di seluruh negara, bermula dari kawasan yang teruk terjejas.
“Saya juga mencadangkan program vaksinasi percuma ini dilaksanakan kepada kumpulan yang berisiko seperti ibu hamil, kanak-kanak dan warga tua.
Dalam hantarannya di facebook itu lagi, Hassan turut memuji tindakan pantas Kementerian Kesihatan yang bertindak dalam usaha menangani wabak influenza ini.
“Namun ada ruang yang perlu ditingkatkan terutama bagi golongan B40 dan M40.
“Satu suntikan vaksin influenza sekarang melibatkan bayaran RM60 hingga RM150 oleh klinik-klinik swasta, manalah mampu buat rakyat miskin,” ujarnya lanjut.
Johorkini