BM | EN | 中文

Ahli parlimen Pasir Gudang anjur program khidmat nasihat guaman pada 11 Julai

Hassan-Karim.jpeg

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim

Advertisement

PASIR GUDANG, 9 JUL: Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menganjurkan program khidmat nasihat dan rundingan bagi membantu orang ramai terutamanya di dalam kawasan parlimen itu.

Dalam satu pemakluman di laman facebook ahli parlimen Pasir Gudang itu, Hassan yang juga merupakan seorang peguam berkata, orang ramai boleh mendapatkan pandangan dan bantuan guaman dalam pelbagai perkara berkaitan undang-undang.

Program akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Julai 2020 bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Pasir Gudang.

Advertisement

Kemasukan bagi program itu adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian berikut : 018-7622406

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top