BM | EN | 中文

Ahli parlimen PAS cuba alih perhatian selepas gagal jawab isu RUU355

Fadhli-Shaari-Serudin-Soud.png
Advertisement

BATU PAHAT, 8 FEB: Ahli Parlimen Pasir Mas dari parti PAS Ahmad Fadhli Shaari dilihat memutar belit melalui kata-kata dan cuba mengelak menjawab isu RUU355, kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud .

Kata Serudin, Fadhli dan PAS gagal memperjuangkan RUU355 selepas menjadi kerajaan dan tidak menjawab persoalan orang ramai berkenaan dengan hala tuju rang undang-undang berkenaan.

“Dia tidak menjawab. Ini bermakna mereka gagal memperjuangkan hal tersebut sekaligus membuktikan PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai.

Advertisement

“Beliau (Fadhli) lebih baik diam dari menuding orang lain yang mempertikaikan perkara tersebut kerana selagi beliau bersuara akan jelaslah kelemahan mereka.

“Ini soal siapa yang membawa agenda berkenaan. Saifuddin Nasution dalam kenyataan semalam menjelaskan bahawa perjuangan PAS untuk membawa RUU 355 gagal dan ia bukan agenda PH (Pakatan Harapan) sebelum ini.

“Kalau PH tak memperjuangkan perkara tersebut semasa pemerintahan mereka ia munasabah kerana kita tidak berjanji.

Advertisement

“Berbeza dengan PAS yang kononnya memperjuangkan perkara tersebut tapi selepas memerintah semuanya diam membisu,” jelasnya.

Serudin menegaskan perjuangan PAS selama ini hanya sandiwara untuk meraih sokongan orang ramai sahaja.

Tambahnya, jelas apabila PAS telah berada dalam kerajaan tetapi segala janji yang ditaburkan sebelum ini tidak terlaksana.

Advertisement

“Bagaimana kita boleh percaya pada PAS lagi, cuba lihat janji-janji yang dicanang mereka sebelum ini tidak pun ditunaikan selepas menjadi kerajaan.

“Hari ini bukan setakat janji mahu membawa RUU 355, tetapi nak hapuskan arak, judi dan segala macam yang dikatakan mereka sebelum ini langsung tidak berjaya dilakukan.

“Malah semuanya itu makin berleluasa di zaman PAS menjadi kerajaan.

Advertisement

“Tahniah PAS kerana hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu menunaikan,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top