BM | EN | 中文

Ahli parlimen Muar didakwa esok atas tuduhan seleweng dana parti politik

syed-saddiq.jpg

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

MUAR, 21 JUL: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan menyelewengkan dana sebuah parti politik membabitkan jumlah RM1.12 juta.

Bekas menteri belia dan sukan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur pada 9 pagi.

Malaysiakini melaporkan perkara itu telah disahkan peguam Haijan Omar yang akan mewakili Syed Saddiq bersama peguam Gobind Singh Deo.

Advertisement

Sementara itu Utusan Online melaporkan sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka akan berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Kata sumber itu, jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1. 12 juta melibatkan wang milik parti politik yang beliau pada ketika itu adalah ketua pemuda.

“Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta kira-kira pukul 9 pagi esok,” katanya.

Advertisement

Tambah sumber lagi, bekas menteri itu juga dijangka akan turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

“Siasatan ke atas ahli Parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

“Ahli Parlimen itu sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya,” jelasnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top