BM | EN | 中文

Ahli parlimen mohon kesesakan PKRC Pasir Gudang diatasi

hassan-karim.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 25 OGOS: Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berharap kerajaan negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan agar dapat mengatasi masalah kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) disini.

Justeru itu Hassan memohon agar kerajaan negeri dan agensi berkaitan menyelesaikan masalah kesesakan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Saya mohon kepada YB R Vidyanathan, Exco Kesihatan Negeri Johor dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia mengatasi masalah kesesakan berpanjangan di PKRC, Pusat Swab Test dan juga tempat pemotongan gelang ( skate park) yang ditempatkan setempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Advertisement

“Sejak jam enam pagi orang ramai dengan berkereta secara pandu lalu mengelilingi stadium untuk mendapatkan perkhidmatan,” kata Hassan dalam satu hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Beliau turut memuatnaik video berdurasi 2 minit 40 saat yang memaparkan suasana di sekitar kawasan Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

“Video berikut menunjukkan keadaan tersebut. Saya telah membuat aduan tentang perkara in tetapi nampaknya keadaan in masih berterusan,” katanya lagi.

Advertisement

Hantaran video tersebut turut mendapat komen dari warganet dan ada di kalangan mereka yang menyatakan bahawa situasi berkenaan telah berlaku selama sebulan.

PKRC di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MPPG) beroperasi pada 10 Februari dan mampu menempatkan 1,200 pesakit dari seluruh negeri melibatkan semua peringkat usia bermula lima tahun ke atas.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga turut melakukan lawatan ke PKRC pada Mei lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top