BM | EN | 中文

Ahli parlimen lancar ‘Kempen Imunisasi Sayangi Kluang’

wong-shu-qi-mp-kluang.png
Advertisement

KLUANG, 9 OGOS: Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi melancarkan kempen imunisasi ‘Sayangi Kluang’ bagi membantu orang ramai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan tem ujanji suntikan vaksin mereka sejak bulan Jun.

Shu Qi berkata, kempen itu bagi mempercepatkan proses vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok di Kluang.

“Dalam tempoh dua bulan ini, seramai 173 individu telah menghadapi masalah dengan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang diberi.

Advertisement

“Lokasi yang diberi didapati terlalu jauh dan terdapat juga kes dimana lokasi PPV yang diberi bukan di negeri yang sama di mana individu tersebut menetap.

“Semua kes ini telah berjaya kami selesaikan dengan mendapatkan lokasi PPV yang lebih sesuai dengan bantuan pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).” kata Shu Qi dalam kenyataan.

Tambah beliau, selain masalah lokasi PPV, pihaknya telah membantu 120 warga emas untuk mendapatkan temujanji suntikan vaksin mereka.

Advertisement

“Tidak lupa juga dengan golongan ibu, kami telah menyerahkan senarai 108 nama ibu mengandung dan ibu menyusukan bayi kepada Pusat Kesihatan Daerah Kluang supaya mereka dapat menerima janji temu untuk suntikan vaksin mereka secepat yang mungkin.

“Kami amat memahami situasi pandemik Covid-19 sekarang dimana ianya semakin teruk dan membimbangkan.

“Dalam keadaan ini, Pejabat Ahli Parlimen Kluang akan terus berkhidmat untuk masyarakat Kluang dan akan membantu rakyat dengan segala kudrat dan kemampuan kami,” kata Shu Qi lagi.

Advertisement

Tambah beliau sekiranya orang ramai mempunyai pertanyaan, boleh menghantar soalan melalui peti masuk “inbox” Facebook atau hantarkan WhatsApp kepada nombor 014-6856927.

“Kami akan menguruskan pertanyaan anda dengan kadar segera,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top