BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai turut laksana inisiatif kepada penyiapan SJKT Kulai Oil Palm

Ahli-parlimen-Kulai-turut-sumbang-penyiapan-SJKT-Kulai-Oil-Palm.png
Advertisement

KULAI, 30 DIS: Selepas tertangguh dua tahun, bangunan sekolah baharu SJK (T) Kulai Oil Palm, Kelapa Sawit, Kulai sudah boleh digunakan pada sesi persekolahan yang bakal buka pada 20/1/2021 nanti.

Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, pihaknya turut melaksanakan inisiatif dalam bentuk sumbangan kewangan bagi melicinkan kerja-kerja penyiapan infrastuktur bagi membolehkan sekolah tersebut digunakan

Kata Teo Nie Ching, sejumlah RM200,000 dikeluarkan melalui peruntukan ahli parlimen bagi pelebaran jalan dan lampu jalan, manakala pondok menunggu bas pula disumbangkan oleh Adun Bukit Batu, Jimmy Puah.

Advertisement

“Pada tahun 2019, saya telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 melalui peruntukan ahli parlimen untuk perlebaran jalan dan lampu jalan.

“Saya dan pasukan saya telah bertungkus lumus untuk memastikan sekolah ini disiapkan secepat mungkin supaya boleh beroperasi kerana saya difahamkan pelbagai masalah berkaitan projek bangunan sekolah ini.

“Saya juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan ahli-ahli PIBG SJKT Ladang Kulai Oil Palm atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada pasukan saya demi pembangunan sekolah ini.

Advertisement

“Semoga murid-murid di sekolah ini dapat menikmati sesi pembelajaran dan pelajaran dengan selesa,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top