BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai serah tablet kepada pelajar, bantu murid berkeperluan khas

Ahli-parlimen-Kulai-serah-tablet-kepada-pelajar-bantu-murid-berkeperluan-khas.png
Advertisement

KULAI, 3 MAC: Ahli Parlimen (MP) Kulai Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan tablet kepada pelajar tingkatan empat dan lima yang masih dalam sesi pembelajaran secara dalam talian.

Menurut hantaran pembantu khas MP Kulai, Marina Ibrahim di laman Facebook, senarai pelajar penerima diperolehi terus daripada sekolah dan para guru, kerana dengan cara itu maklumat yang diperolehi lebih terperinci.

“Ada pelajar yang cikgu pinjamkan telefon bimbit kepada mereka. Ada pelajar yang tiada langsung kemudahan telefon bimbit, terpaksa berulang-alik ke rumah saudara untuk ikuti sesi pembelajaran secara PdPR.

Advertisement

“Mereka semua ini adalah pelajar yang berpotensi tinggi yang dikenalpasti pihak sekolah, tetapi tidak begitu bernasib baik kerana kesusahan hidup.

“Namun mereka ni semua tak putus asa. Demi untuk belajar, bermacam cara diikhtiarkan agar tidak ketinggalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Nie Ching turut menyampaikan bantuan sempena pembukaan sekolah di Senai baru-naru ini, khusus untuk pelajar berkperluan khas.

Advertisement

“Saya telah memberikan bantuan persekolahan kepada lima murid pendidikan khas di sekitar Senai.

“Pemberian sumbangan ini merupakan satu inisiatif bagi meringankan bebanan keluarga penerima serta memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada anak mereka untuk kembali ke sekolah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top