BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai serah sumbangan di pangsapuri Temenggong

sumbangan-teo-nie-ching-flat-temenggung-kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 16 FEB: Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 berlanjutan, pusat khidmat parlimen Kulai mengambil inisiatif menyediakan bungkusan berupa barangan keperluan asas kepada penduduk di pangsapuri Temenggung, disini.

Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan memaklumkan, keutamaan serahan sempena program sumbangan PKP 2.0 adalah kepada keluarga yang memerlukan.

“Program Sumbangan PKP 2.0 Parlimen Kulai diteruskan di Flat Temenggong. Sebanyak 15 keluarga yang mendapat sumbangan barangan dapur, pelitup muka dan pensanitasi tangan.

Advertisement

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Kebajikan ‘Love Tree’ yang bersama-sama menjayakan program ini.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas akibat Pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nie Ching lagi, pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak sama ada berbentuk makanan mahupun barangan keperluan harian.

Advertisement

Mereka yang berhajat menerahkan sumbangan boleh terus berhubung terus dengan hotline di talian 016-9481126, dan sekiranya sumbangan berbentuk wang tunai boleh disalurkan ke 501105416518 (Maybank) atas nama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top