BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai serah bantuan kepada mangsa banjir Kampung Pertanian dan Separa

Ahli-parlimen-Kulai-serah-bantuan-kepada-mangsa-banjir-Kg-Pertanian-dan-Separa.png
Advertisement

KULAI, 9 NOV: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyerahkan bantuan kepada sembilan keluarga mangsa banjir di Kampung Pertanian dan Separa, Kulai baru-baru ini.

Antara bantuan yang disampaikan antaranya bakul makanan dan wang tunai kepada sembilan keluarga mangsa yang rumahnya terjejas akibat banjir yang berlaku pada 2 November lalu.

Menurut Nie Ching, difahamkan banjir yang berlaku di kampung berkenaan berpunca akibat masalah perparitan dan kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor Bahru.

Advertisement

“Saya berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan mempercepatkan kerja menaiktaraf sistem perparitan di tapak pembinaan supaya pekara ini tidak berulang lagi,” kata Nie Ching.

Dalam pada itu beliau berharap agar bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung penduduk kampung.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top