BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai minta KPM jawab isu PdPDR, komputer riba dan buku teks

teo-nie-ching.jpg
Advertisement

KULAI, 20 JAN: Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjawab tiga isu berkaitan kementerian itu susulan pembukaan semula persekolahan bagi tahun 2021.

Tiga perkara itu adalah berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPDR), 150,000 komputer riba yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 serta buku teks untuk PdPDR.

Katanya melihat kepada situasi sekarang, pembelajaran di rumah tidak dapat dielakkan dan dijangka ramai pelajar tidak dapat kembali ke sekolah dalam tempoh yang panjang.

Advertisement

Tambah Nie Ching, menerusi ucapan Belanjawan 2021 dikhabarkan bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah sebagai projek perintis.

“Oleh itu, bagi memastikan PdPDR dapat dijalankan dengan berkesan, KPM harus menjelaskan kepada ibu bapa terutama mereka dari B40 mengenai tempoh 150,000 buah komputer riba itu akan tersedia untuk diedarkan kepada para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahan pula KPM kini berusaha untuk memperkenalkan buku teks digital kepada ibu bapa dan anak-anak pelajar.

Advertisement

Namun begitu, menerusi tinjauan dibuat KPM sendiri menunjukkan hampir 37 peratus pelajar daripada sejumlah 900,000 pelajar tidak memiliki alat peranti elektronik bagi menjalani PdPRD apatah lagi memuat turun buku teks digital.

Nie Ching berkata beliau menghargai niat KPM memperkenalkan buku teks digital, namun buku teks fizikal tetap perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula sepertimana ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan sebelum ini.

Bekas timbalan menteri pendidikan itu menegaskan ibu bapa dan para pelajar sepatutnya diberikan pilihan untuk mendapatkan buku teks fizikal dari sekolah bagi pembelajaran di rumah.

Advertisement

“KPM perlu sedar bahawa pendekatan ‘one-size-fits-all’ yang tidak mengambil kira perbezaan hidup seperti jumlah pendapatan dan jurang digital di seluruh daerah dan negeri tidak bermanfaat dan tidak akan berjaya,” tegas Nie Ching.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top