BM | EN | 中文

Ahli Parlimen Kulai mahu kerajaan utamakan guru dalam rancangan vaksinasi Covid-19

Teo-Nie-Ching-ahli-parlimen-Kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 5 FEB: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengutamakan guru-guru dalam mendapatkan vaksin imunisasi Covid-19, kata ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, terdapat beberapa kes guru-guru didapati positif Covid-19 selepas pembukaan sekolah Januari lepas dan ia menimbulkan persoalan.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri pendidikan berkata, ibu bapa turut bimbang dan mahu memastikan bahawa anak-anak mereka selamat apabila kembali ke sekolah.

Advertisement

“Pemberian vaksin Covid-19 kepada guru-guru ini adalah langkah penting untuk mewujudkan persekitaran yang selamat buat kanak-kanak dan memberikan kestabilan dalam ekosistem pendidikan,” katanya, lapor Roketkini.

Beliau menjelaskan, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) juga telah meminta guru-guru diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin setelah para petugas barisan hadapan dan golongan rentan.

Jelasnya, ini adalah untuk memastikan guru-guru terlindung daripada Covid-19 serta dapat mengajar anak-anak murid mereka secara langsung.

Advertisement

“Lalu, secara beransur-ansur mengembalikan kita kepada keadaan sedia-kala,” katanya.

Nie Ching merujuk Menteri Pendidikan di Britain dan Ireland Utara yang tegas mahu para guru menjadi kumpulan diberi keutamaan dalam menerima vaksin Covid-19.

“Namun di Malaysia, Menteri Pendidikan kita masih lagi tercari-cari pita suaranya untuk bercakap mewakili pihak guru.

Advertisement

“Jadi, saya mendesak Menteri Pendidikan untuk tunjukkan kepimpinannya lalu meminta kerajaan memulakan proses pemulihan berkesan segera,” ujarnya.

Tambah Nie Ching lagi, guru-guru mestilah diutamakan agar mereka tetap selamat kerana mereka juga merupakan permata berharga negara.

“Pada masa-masa seperti ini, jasa mereka janganlah kita lupakan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top