BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai kemuka tiga cadangan untuk pendidikan bagi Belanjawan 2021

Teo-Nie-Ching.jpg

Teo Nie Ching

Advertisement

KULAI, 4 NOV: Ahli parlimen Kulai yang juga bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching mengemukakan tiga cadangan untuk Belanjawan 2021.

Dalam kenyatannya hari ini, ketiga-tiga perkara itu berhubung kait langsung dengan sektor itu dan diharap untuk dipertimbangkan oleh Menteri Kewangan.

Antaranya ialah peningkatan peruntukan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan Pendidikan Khas.

Advertisement

Katanya, sejak ‘zero reject policy’ atau Dasar Sifar Penolakan dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019, bilangan MBK yang belajar di sekolah kerajaan meningkat secara mendadak.

“Jumlah MBK setakat 30 Jun 2020 telah mencapai 92,755 orang, berbanding 83,039 orang pada Januari 2019.

“Susulan itu, peruntukan untuk elaun MBK juga bertambah dari RM100 juta pada 2018 kepada RM155 juta pada tahun 2020.

Advertisement

“Kerajaan PH juga telah memperuntukkan RM23 juta untuk melengkapkan sekolah-sekolah dengan kemudahan OKU.

“Menjelang 2021, saya berharap elaun MBK akan terus meningkat dan dana juga turut diperuntukkan untuk kemudahan OKU, supaya Dasar Sifar Penolakan akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai Murid Berkeperluan Khas,” katanya.

Dalam pada itu Nie Ching turut mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif dan selamat.

Advertisement

Katanya, pada 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengemukakan 17 cadangan sekolah baharu kepada EPU, namun kebanyakan permohonan KPM ditolak oleh EPU.

Dalam pada itu Nie Ching turut memetik pandangan NUTP, bahawa 57 sekolah telah melaksanakan sistem penggiliran bagi memastikan penjarakan sosial berlaku.

“Murid-murid mengambil giliran untuk balik sekolah kerana situasi sekolah yang sangat sesak.

Advertisement

“Saya berharap, kawasan seperti Kota Kemuning, Kota Warisan, Bukit Jalil akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2021, supaya sekolah baharu akan diluluskan untuk diwujudkan di kawasan-kawasan tersebut.

“Pada masa yang sama, dana penyelenggaraan sekolah telah meningkat dari RM600 juta pada zaman BN kepada RM735 juta pada zaman PH.
“Dana penyelenggaraan dan penambahbaikan adalah penting bagi memastikan murid-murid kita dapat belajar dalam suasana yang kondusif.

“Ia juga penting untuk menyelenggara sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan daif,” ujarnya.

Advertisement

Selain dua cadangan itu, beliau turut kerajaan meneruskan idea bagi penyediaan sarapan pagi berkualiti untuk murid-murid golongan B40

“Program ini bertujuan memberikan makanan berkhasiat berdasarkan keperluan nilai kalori dan nutrisi penting serta amalan pemakanan seimbang.

“Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran, pertumbuhan fizikal dan kognitif di peringkat sekolah rendah.

Advertisement

“Saya berharap program ini akan mendapat peruntukan yang lebih besar, supaya lebih ramai murid golongan B40 dapat dibantu, juga kos per kapita akan meningkat dari RM2.35.

“Ini boleh dikaji supaya makanan yang lebih berkualiti dapat dibekalkan,” katanya.

Kata Nie Ching, pandemik Covid-19 telah memberi impak negatif dari segi sumber pendapatan kepada golongan B40.

Advertisement

“Sehubungan itu, lebih ramai murid-murid golongan B40 dapat memperoleh manfaat daripada program ini, agar mereka mendapat makanan yang berkhasiat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top