BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kulai adakan program sanitasi COVID-19, edar bakul makanan di Taman Putri

Ahli-parlimen-Kulai-adakan-program-sanitasi-COVID-19-edar-bakul-makanan-di-Taman-Putri.png
Advertisement

KULAI, 15 MAC: Meskipun terbatas sebagai wakil rakyat pembangkang, ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching meneruskan usahanya bagi memberikan khidmat terbaik untuk membantu penduduk setempat.

Antaranya melalui program mengedarkan bakul makanan, kaunter pendaftaran vaksinasi dan sanitasi awam pencegahan wabak COVID-19.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ..(pihak) yang membantu pejabat saya mengagihkan bantuan bakul makanan kepada sepuluh keluarga di sekitar Taman Putri, Kulai.

Advertisement

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringakan beban keluarga penerima di saat kita masih lagi melawan pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, baru-baru ini.

Selain itu kerja sanitasi awam turut dilakukan dengan kerjasama pasukan Unit Tindak DAP Kulai yang bakal ditubuhkan.

“Pasukan tindakan DAP kawasan Kulai akan ditubuhkan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat pada masa yang terdekat,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, kaunter program imunisasi kebangsaan COVID-19 turut dibuka di pekan Sedenak dekat sini, bagi memudahkan pendaftaran.

Ia bertujuan khusus bagi membantu mereka yang tidak mahir menggunakan peranti dan pendaftaran secara dalam talian selain penduduk luar bandar yang kekurangan akses internet.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top