BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang ziarah prihatin kanak-kanak hidap ketumbuhan otak

wong-shu-qi-Ahli-parlimen-Kluang-ziarah-prihatin-kanak-kanak-hidap-ketumbuhan-otak.jpg
Advertisement

KLUANG, 5 JAN: Pusat khidmat parlimen Kluang dengan kerjasama DUN Mahkota meneruskan usaha kebajikan melalui program turun padang dengan mengunjungi mereka yang ditimpa kesusahan.

Terbaru, ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi melalui program ziarah prihatin mengunjungi keluarga Encik Riza yang tinggal di daerah ini berdepan cabaran selepas anak sulung mereka dikenalpasti menghidap ketumbuhan otak.

“Anak sulung Encik Riza yang berumur tujuh tahun menghidap penyakit Neuroblastoma tahap keempat. Neuroblastoma adalah barah yang paling utama ditemui di kalangan bayi.

Advertisement

“Selepas ketumbuhan otak, ketumbuhan neuroblastoma merupakan ketumbuhan kanser yang kedua paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

“Pelbagai kesusahan yang Encik Riza dan isterinya lalui, namun mereka tetap tabah melalui liku kehidupan.

“Kekuatan mereka memberi saya inspirasi dan banyak saya pelajari dari kehidupan mereka,”kata Shu Qi melalui kiriman di laman Facebook beliau semalam.

Advertisement

Dalam kunjungan tersebut Shu Qi turut menyampaikan sedikit bantuan kewangan kepada keluarga Encik Riza dengan harapan dapat membantu mereka sekeluarga, selain menghadiahkan beberapa buku cerita kepada anak bongsunya

“Semoga anak Encik Riza cepat sembuh dan keluarganya sentiasa sejahtera,” kata Shu Qi.

Hadir sama pada ziarah prihatin ialah Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top