BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang turun padang, lakukan sendiri kerja sanitasi di beberapa kampung

Ahli-parlimen-Kluang-turun-padang-lakukan-sendiri-kerja-sanitasi-di-beberapa-kampung.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 JAN: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi turun padang dan melaksanakan sendiri kerja sanitasi di beberapa buah kampung di daerah ini bagi mengekang penularan wabak penyakit selepas banjir.

Shu Qi berkata, kerja sanitasi dengan menggunakan cecair pembasmi kuman di beberapa buah kampung di daerah ini dilakukan dengan kerjasama sukarelawan Pakatan Harapan (PH) Kluang, Pusat Khidmat DUN Mahkota dan Mengkibol.

“Pakatan Harapan Kluang telah melakukan sanitasi dan kerja pembersihan di beberapa buah kampung yang dilandar banjir termasuk Kampung Tengah, Kampung Palembang dan Kampung SC.

Advertisement

“Sejumlah 150 buah rumah telah kami bersihkan. Pasukan kami akan meneruskan usaha ini agar mangsa-mangsa banjir boleh kembali menjalani kehidupan seperti sediakala,” kata Shu Qi.

Turut menyertai kerja-kerja sanitasi adalah ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit, ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin dan ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng.

Terdahulu sebelum itu Shu Qi memaklumkan, pihaknya bersama sukarelawan DAP Kulai dan Kluang turun padang bersama di Kota Tinggi bagi menjalankan gotong-royong pasca banjir.

Advertisement

Turut membantu Unit Tindak Selangor diketuai oleh ADUN Pandamaran, Selangor, Tony Leong, dan ADUN Teratai, Bryan Lai untuk melakukan sanitasi di sekolah, pusat bandar dan taman perumahan yang terjejas dalam banjir kali ini.

“Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli DAP Johor yang telah mengatur pasukan sukarelawan dan menghulurkan bantuan secara sukarela dalam notis masa yang pendek.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyumbangkan 10 mesin penyembur cecair pembasmi kuman dan 10 helai baju PPE,” kata Shu Qi lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top