BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang serah bantuan makanan kepada 60 keluarga

wong-shu-qi-sayangi-kluang-mac-2021.png
Advertisement

KLUANG, 22 MAC: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi menyerahkan bantuan makanan kepada 60 keluarga di daerah ini melalui program ‘Sayangi Kluang’.

Program itu merupakan susulan kepada pelbagai jenis bantuan kepada penduduk di kawasan ini yang dilaksanakan pusat khidmar parlimen Kluang sebelum ini, termasuk bantuan komputer riba, data internet kepada pelajar keluarga B40 dan program membaiki rumah.

“Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia sudah melebihi tempoh setahun.

Advertisement

“Dalam tempoh ini, DAP Kluang tidak pernah putus dalam usaha memberi bantuan kepada golongan yang berkeperluan di Kluang.

“Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah turun padang dan menghantar bekalan makanan ke Kampung Tengah dan Kampung Sembrong.

“Seramai 60 buah keluarga telah menerima bantuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurut Shu Qi, program serahan bantuan turut disertai rakan komponen dari Pakatan Harapan (PH) Kluang.

“Kami di pejabat ahli parlimen Kluang sentiasa terbuka untuk membantu anda dan kami akan lakukan yang terbaik dalam menjamin kesejahteraan hidup warga Kluang, kerana itu sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kami,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan sumbangan selain sukarelawan PH yang membantu menyelaras penghantaran bantuan, antaranya Choi Jin Choy dan Encik Fairuz selaku bendahara Parti Amanah Kluang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top