BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang harap menara telekomunikasi dibina di Kampung SC

Ahli-parlimen-Kluang-harap-menara-telekomunikasi-dibina-di-Kampung-SC.jpg

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi menyerahkan borang pendaftaran vaksin kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Norliyati Md Nor

Advertisement

KLUANG, 17 OGOS: Ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi meminta pihak berkuasa mempertimbangkan pembinaan menara telekomunikasi di Kampung SC disini, bagi memastikan capaian internet bagi keperluan penduduk kawasan itu.

Perkara itu dinyatakan Shu Qi dalam pertemuannya dengan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Norliyati Md Nor baru-baru dalam kunjungan bagi membincangkan isu tempatan dihadapi penduduk Kluang.

“Dengan pengumuman bahawa sekolah akan terus ditutup sehingga bulan Oktober, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadi satu realiti norma baharu yang kita perlu hadapi.

Advertisement

“Ini bukan sahaja memerlukan peranti, malah kemudahan akses internet terutamanya di kawasan pedalaman.

“Saya amat berharap permohonan membina sebuah menara telekomunikasi yang sudahpun dipersetujui oleh semua penduduk di Kampung SC dapat dipercepatkan,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Beliau berharap masalah dihadapi oleh pelajar dari Sabah, Veveonah Sabah yang tinggal di kawasan pedalaman tidak jauh berbeza dengan cabaran dihadapi penduduk Kampung SC.

Advertisement

“Walaupun jumlah penduduk Kampung SC tak seberapa ramai seperti kawasan kampung lain, hak asasi akses kepada internet adalah hak yang kita perlu pertahankan.

“Khususnya bagi anak-anak yang memerlukan internet untuk mengikuti kelas online setiap hari,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top