BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang edar bantuan data internet kepada pemohon dari keluarga B40

WSQ-bantuan-internet.png
Advertisement

KLUANG, 3 FEB: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi memaklumkan, bantuan data internet telah mula diedarkan kepada pemohon dari keluarga B40 melalui program “Asal Adik Mau Gi Sekolah”.

Menurut Shu Qi, tiga hari selepas pengumuman program itu pihaknya menerima lebih 400 permohonan bagi tiga sub-program, iaitu 65 permohonan mencetak kerja rumah secara percuma, 156 permohonan tambah nilai data internet, dan 231 permohonan peranti percuma.

“Pihak kami dah mula agih pelan data tanpa had (unlimited) sebulan dan tambah nilai data bagi pemohon keluarga B40 dan penerima BPN hari ini.

Advertisement

“Harap adik-adik yang menerima bantuan dalam bentuk data ini tidak lagi menghadapi masalah kekurangan data dalam bulan ini.

“Pendidikan adalah jalan mengubah nasib keluarga B40. Malangnya, kos untuk pendidikan sekarang semakin tinggi kerana mereka perlu ada peranti dan pelan data luar daripada rancangan asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan harus mengambil langkah lebih drastik untuk menyelesaikan masalah ini selepas memiliki pengalaman COVID-19 sepanjang setahun.

Advertisement

“Akhirnya, kita kena jaga kita sendiri kerana tidak nampak sebarang tindakan daripada kerajaan PN selain daripada amaran demi amaran kepada rakyat agar duduk di rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shu Qi turut menyeru kepada dermawan agar bersama meringankan beban golongan ini dengan turut sama menyumbang bagi keperluan pendidikan mereka.

“Saya minta saudara-saudari yang masih mampu, sila tolong adik-adik Kluang yang kurang bernasib baik dalam isu pendidikan mereka.

Advertisement

“Hanya RM30 untuk membantu seorang murid mendapat pelan data internet sebulan. Sekiranya anda masih ada laptop terpakai, boleh disumbangkan juga.

“Kami akan hantar untuk dibaiki. Sekarang masa kita jaga kita,” katanya lagi.

Kepada pihak yang berminat untuk membuat sumbangan, boleh menderma ke akaun bank Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kluang (Bank Muamalat, Nombor Akaun: 01040006533716).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top