BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang daki Gunung Lambak, promosi ‘pokok gergasi’

wong-shu-qi-gunung-Lambak-Kluang.png
Advertisement

KLUANG, 19 JUL: “Pernahkah anda ambil gambar di bawah pokok gergasi ini di Gunung Lambak? soal ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Shu Qi dalam catatannya di laman Facebook beliau semalam turut meluangkan masa dan mengambil gambar di hadapan pokok gergasi (big tree) tersebut.

Gambar FB Poon Chun Hou

Gunung Lambak dengan ketinggian 510 meter yang menjadi latar pemandangan di bandar Kluang memiliki pelbagai tumbuhan termasuk pokok-pokok balak yang bersaiz besar.

Advertisement

Ia sering menjadi lokasi pendakian ketinggian sederhana kepada mereka yang berminat dengan aktivit lasak dan ingin lari dari kesibukan bandar.

Pelbagai kumpulan pendaki yang hadir seawal jam 6 pagi terutamanya pada hujung minggu untuk melihat suasana matahari terbit.

Antaranya kumpulan pelajar sekolah, persatuan alam sekitar, pendaki amatur termasuk pelancong dari negara Singapura.

Advertisement

Gambar Ehsan Blog ctfaiross

Manakala pokok gergasi tersebut merupakan ikon popular yang sering dijadikan lokasi mengambil gambar oleh para pendaki ketika mendaki Gunung Lambak.

Difahamkan pokok gergasi yang berusia ratusan tahun itu dengan saiz pemeluk 10 orang dewasa.

“Ini satu-satu pokok gergasi yang tinggal dari zaman pembalakan dulu. Orang kata pokok ini tidak ditebang kerana ia akan tumbang ke dalam sungai dan hanyut.

Advertisement

“Oleh itu pekerja pembalakan tak nak buang masa untuk tebangkan pokok ini. Maka selamatlah pokok gergasi kita,” kata Shu Qi, sambil meninggalkan tanda pagar #SayangiKluang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top