BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang anjur program sumbangan ‘kempen kembali ke sekolah’

wong-shu-qi.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 DIS: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi melalui pusat khidmat rakyat menganjurkan program ‘Kempen Kembali Ke Sekolah’ bagi mendapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi penyediaan barangan persekolahan untuk golongan yang memerlukan.

Shu Qi berkata, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda, pihaknya memahami keadaan sesetengah keluarga yang kesempitan dari segi kewangan untuk menyediakan keperluan anak mereka ke sekolah.

Antaranya kata Shu Qi melibatkan persediaan peralatan seperti pakaian seragam ke alat tulis yang memerlukan perbelanjaan besar.

Advertisement

“Tahun hadapan, sekolah dijangka akan dibuka semula dan anak-anak kita perlu kembali semula ke sekolah.

“Oleh itu, kami di pejabat ahli parlimen Kluang melancarkan ‘Kempen Kembali Ke Sekolah’ dengan tujuan dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan.

“Kami sedang mengumpulkan pakaian seragam, beg sekolah dan alattulis untuk anak-anak kita yang akan ke sekolah apabila sekolah dibuka.

Advertisement

“Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda dari segi barangan yang dapat membantu, tidak kira barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik ataupun baharu, kami amat menghargai keikhlasan anda,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, ada di kalangan anak-anak yang baru hendak menjejaki alam persekolahan, dan pastinya mereka amat teruja dan tidak sabar untuk belajar disekolah bersama dengan rakan-rakan baharu.

‘Semoga ‘Kempen Kembali Ke Sekolah’ ini dapat memberikan semangat kepada anak-anak kita menempuhi alam persekolahan untuk menimba ilmu dan membanggakan kita semua,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johrokini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top