BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang ajak pengguna sokong perniagaan tempatan

wong-shu-qi-mp-kluang.png
Advertisement

KLUANG, 26 JAN: Ahli parlimen Kluang mengajak orang ramai untuk menyokong perniagaan tempatan di kawasan masing-masing bertujuan bagi memberikan impak positif dan memacu ekonomi setempat.

Beliau dalam kiriman di laman Facebook baru-baru ini berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan terutamanya penjaja kecil di daerah ini.

Justeru itu katanya, dengan memberikan sokongan kepada peniaga tempatan sedikit sebanyak dapat merancakkan ekonomi dan membantu menjana pendapatan penduduk setempat.

Advertisement

“Kehidupan dan punca pendapatan ramai rakyat Malaysia terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Sekiranya anda masih mampu, sokonglah perniagaan tempatan yang masih berusaha untuk terus hidup dalam masa penuh cabaran ini,” kata Shu Qi.

Beliau baru-baru ini membuat tinjauan di kedai kopi di daerah Kluang Ahad lalu yang kebiasannya dipenuhi pelanggan, namun sunyi apabila PKP dikuatkuasakan.

Advertisement

“Hari Ahad, cuaca tengah hari sangat panas. Kedai kopi yang biasanya penuh dengan pelanggan. Peniaga beritahu saya bahawa hanya tiga gerai di belakang masih beroperasi. Saya segera melangkah ke sana untuk membeli makanan tengah hari.

“Dulu sebelum pandemik, boleh menjual 200 pek makanan setiap hari.

“Sekarang, hanya 20 pek sehari, itupun kira hari yang baik. Dia terus terang berkata bahawa PKP betul-betul menyusahkan penjaja kecil seperti mereka.

Advertisement

“Walau bagaimanapun dia terus berusaha, dapat sedikit pun tidak apa, yang penting adalah virus itu hilang,” kata Shu Qi.

Dalam perkembangan lain katanya, pejabat parlimen Kluang menerima kehadiran para ibu bapa bagi mendapatkan pengesahan gaji lebih ramai daripada kebiasaan.

“Tahun ini, kami telah menerima permintaan yang lebih tinggi dari tahun lepas. Kami percaya hal ini berlaku kerana ramai keluarga terkesan dengan pandemik COVID-19.

Advertisement

“Kami memahami kesulitan anda jadi kami akan sentiasa cuba untuk membantu.

“Pejabat kami tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP ini namun kami masih akan menerima permintaan dari ibu bapa melalui laman Facebook rasmi kami,” kata Shu Qi.

Beliau menambah, sekiranya ada pihak yang berdepan masalah, ingin membuat aduan atau memerlukan bantuan, ruangan mesej pihaknya sentiasa terbuka dan akan melakukan yang terbaik kepada penduduk Kluang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top