BM | EN | 中文

Ahli parlimen Kluang agih 500 bakul makanan

wong-shu-qi-agih-500-bakil-makanan-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 13 JUL: Sebanyak 500 bakul makanan diedarkan kepada keluarga memerlukan di daerah Kluang, menurut ahli parlimennya, Wong Shu Qi.

Menurut Shu Qi, setakat ini pihaknya telah menerima 2,500 permohonan dan kini dalam proses menguruskan agihan yang lain sedang turut dibuat.

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk menghantar bakul makanan ke pintu rumah anda dalam kadar segera.

Advertisement

“Tidak dapat kita nafikan lagi rakyat dan negara buat masa ini bukan dalam keadaan yang terbaik, namun dalam pada kita menempuh barah ini saya mohon anda untuk kekal tabah kerana pasti kita akan bebas dari wabak ini suatu hari nanti.

“Mungkin bukan sepenuhnya namun cukup untuk kita hidup tanpa perlu ada jutaan kerisauan yang hadir setiap kali nafas ditarik,” kata Shu Qi dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau berkata, pejabat ahli parlimen Kluang akan meneruskan usaha untuk meringankan beban warga Kluang.

Advertisement

“Janganlah anda berputus asa, dan bersandarlah kepada kami jika perlu kerana kami tidak akan sesekali mengalah.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya amat sedar yang saya mungkin tidak berada ditempat anda sekarang.

“Akan tetapi ingin saya katakan bahawa kami faham akan penderitaan anda.

Advertisement

“Sebagai pihak yang ditanggungjawabkan untuk bertugas, saya dan akar umbi pejabat Ahli parlimen Kluang akan berkerja lebih keras untuk memastikan warga Kluang tidak ada yang perlu menitiskan air mata, mengikat perut dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Shu Qi turut mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan The Educational, Welfare & Research Foundation Malaysia (EWRF) yang turut membantu mengagihkan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top