BM | EN | 中文

Ahli parlimen Iskandar Puteri cadang Veveonah Mosibin dijadikan ikon hapus kemiskinan digital

Veveonah-Mosibin.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Veveonah Mosibin, mahasiswa asal Sabah yang tular videonya kerana terpaksa mengambil peperiksaan di atas pokok kerana masalah liputan internet boleh dijadikan ikon anak muda seperti aktivis alam sekitar, Greta Thunberg.

Ahli parliman Iskandar Puteri, Lim Kita Siang berkata mahasiswa itu boleh memberi inspirasi kepada para belia di Malaysia dan di seluruh dunia dalam usaha untuk menerajui perubahan dalam menghapuskan kemiskinan digital.

Kit Siang dalam kenyataannya hari ini turut mencadangkan agar gadis itu dilantik mengetuai pasukan tindakan mewakili golongan wanita, belia, dan minoriti untuk menyelesaikan masalah golongan muda di negara kita dalam menggunakan platform pembelajaran atas talian.

Advertisement

Greta Thungberg (Gambar Ehsan The Scientist)

“Sekiranya Veveonah dapat menjadi “Greta Thungberg Malaysia” untuk memberi inspirasi kepada para belia di Malaysia dan dunia untuk menghapuskan kemiskinan digital, perkara ini akan adalah untuk beliau dan juga negara,” kata Kit Siang.

Kit Siang berkata, beliau sebelum ini telah mencadangkan kepada kerajaan Pusat dan Sabah untuk menubuhkan pasukan tindakan yang diketuai Veveonah untuk menjalankan tinjauan di keseluruhan negeri Sabah.

Ia bagi memastikan tidak ada sesiapa pun lagi perlu meluangkan masa selama 24 jam di atas pokok atau berkumpul di atas jambatan yang usang untuk mendapatkan sambungan internet yang lebih baik untuk mendapatkan akses pendidikan.

Advertisement

“Namun, cadangan ini langsung tidak disambut oleh keempat-empat individu utama dalam kerajaan Persekutuan dan Sabah yang seharusnya paling prihatin dengan jurang digital di Sabah ini.

“Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor dan, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah makan malam bersama dengan Veveonah semasa pilihan raya umum negeri Sabah,” ujarnya lagi.

Tambah Kit Siang, sudah tiba masanya golongan millennial, iaitu mereka yang dilahirkan di antara awal 1980-an dan pertengahan 1990-an hingga awal 2000 diperkasakan dengan lebih banyak kepercayaan, tanggungjawab dan kuasa.

Advertisement

Ini memandangkan 54 peratus rakyat Malaysia berusia di bawah 30 tahun dan sekitar 70 peratus rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun.

“Kabinet Muhyiddin tidak mempunyai suara untuk golongan millennial di Malaysia, tidak ada seorang pun Menteri yang berusia di bawah 40 tahun.

“Jadikan era ini sebagai era millenial, bermula dengan Veveonah Mosibin,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top