BM | EN | 中文

Ahli parlimen Iskandar Puteri cadang beri kuasa kepada negeri tentukan penutupan sekolah, universiti

Covid-19-Beri-kuasa-kepada-negeri-tentukan-penutupan-sekolah-universiti.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu cuba untuk memastikan sekolah dan universiti dibuka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dengan pendekatan yang lebih kreatif.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, jawapan Menteri Pendidikan, Dr Radzi di Parlimen bahawa penutupan semua sekolah, termasuk di negeri yang tidak di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ini tidak cukup meyakinkan.

“Selepas sepuluh bulan berhadapan dengan wabak ini, Malaysia perlu belajar dari pengalaman dan mengambil langkah fleksibel dalam meletakkan reaksi berpatutan terhadap pelbagai masalah kesihatan, sosial, dan ekonomi.

Advertisement

“Keputusan penutupan sekolah dan universiti patut diturunkan sebagai contoh, dengan memberikan kuasa kepada setiap kerajaan negeri untuk membuat keputusan mengenai perkara ini dan bukannya dengan melalui suatu agensi kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan perlu cuba untuk memastikan sekolah dan universiti dibuka dengan mengambil kira keperluan untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19, bukannya menutup mereka sebagai tindakbalas refleks.

Veteran DAP itu berkata, antara pendekatan yang boleh dilakukan adalah seperti mengecilkan saiz kelas ataupun kelas diadakan dua minggu sekali yang berselang-seli.

Advertisement

“Memandangkan kita masih belum tahu, bilakah vaksin Covid-19 akan akhirnya tersedia dengan meluas, dengan kesedaran yang pandemik ini mungkin akan berterusan dalam keseluruhan tahun hadapan.

“malah mungkin berterusan sehingga 2022, rakyat di seluruh negara di dunia perlu belajar dan berubah untuk hidup bersama dengan wabak ini kerana hampir mustahil untuk kita menutup semua sekolah dan universiti sehingga 2022,” ujarnya.

Tambah beliau, pertubuhan bukan kerajaan pendidikan dan kumpulan ibu bapa patut dilibatkan dalam proses untuk memastikan sekolah dan universiti dapat terus dibuka dalam tempoh wabak Covid-19.

Advertisement

“Bukannya dengan sewenang-wenangnya mengisytiharkan penutupan sekolah, yang pastinya akan membawa bersamanya, kesan ekonomi dan sosial yang berpanjangan selepas wabak ini telah beredar surut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top