BM | EN | 中文

Ahli parlimen Gerik, Hasbullah Osman meninggal dunia

Hasbullah-Osman.jpg
Advertisement

IPOH, 16 NOV: Ahli Parlimen Gerik, Perak, Hasbullah Osman meninggal dunia, petang ini.

Alahyarham meninggal dunia di Raub, Pahang petang ini dan perkara itu dimaklumkan Adun Temenggor, Salbiah Mohamed yang dipetik Bernama yang mengesahkan perkara itu.

Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad juga mengesahkan berita tersebut.

Advertisement

Dia berkata pemimpin Umno Perak yang berusia 63 tahun itu, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Raub, Pahang.

Minggu lalu, Hasbullah dipilih sebagai antara satu wakil kerajaan Perikatan Nasional dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Hasbullah, adalah bekas setiausaha politik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Advertisement

Pada pilihan raya umum 2018, dia mengalahkan calon PAS dan Bersatu dengan majoriti 5,528 undi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top