BM | EN | 中文

Ahli parlimen diseru tolak ‘kluster mahkamah’ jadi timbalan speaker

Wong-Kah-Woh-Ipoh-Timor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Keseemua 220 ahli parlimen diseru menolak sebarang calon yang mempunyai rekod yang tercemar atau dari kalangan ‘kluster mahkamah’ daripada memegang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, ahli-ahli parlimen diseru membuat undian mengikut hati nurani (vote by conscience) demi melindungi integriti dan keutuhan institusi Parlimen negara.

“(Ini) supaya ia tidak mendatangkan penghinaan (disrepute) dan menyebabkan institusi Parlimen menjadi suatu bahan ejekan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dikosongkan selepas perletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini.

Wong berkata, ia telah menjadi suatu perbincangan ramai yang mana dikatakan pihak kerajaan telah mencadangkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Terdahulu, Wong dilaporkan Roketkini berkata, adalah mengejutkan dan membimbangkan memandangkan Ahmad sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah untuk dua pertuduhan iaitu tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberikan penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Advertisement

Kata Wong, apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dan menyokong mana-mana mereka dari kalangan ‘kluster mahkamah’ dalam UMNO.

“Tan Sri Mahiaddin Yassin telah menyatakan pendirian beliau yang nampaknya begitu jelas dan tegas, dan sudah sampai masa beliau untuk mengotakan janji atau ‘walk the talk’.

“(Ini dilakukan) dengan memastikan beliau sendiri dan ahli-ahli Parlimen parti beliau tidak akan menyokong mana-mana calon dari Kluster Mahkamah apabila pengundian pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dibuat pada 14 September ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top