BM | EN | 中文

Ahli parlimen DAP bertemu Khairy, bincang dan cadang penambahbaikan program imunisasi

Meeting-with-KJ-3rd-May-2021_1-453x340-1.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Ahli-ahli Parlimen DAP telah bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin buat kali kedua semalam untuk berbincang dan mengemukakan cadangan berkenaan berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ahli-ahli Parlimen berkenaan ialah ahli parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming; ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan ahli parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.

Steven dalam satu kenyataan berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah kos PICK, kelewatan mendapat temujanji suntikan vaksin dan kadar pendaftaran yang rendah.

Advertisement

Beliau dilaporkan Roketkini berkata, ahli-ahli Parlimen DAP juga memberikan cadangan untuk mempertingkatkan lagi PICK

Antaranya pelaksanaan sistem pelbagai aliran seperti suntikan ‘on-site’ di kilang-kilang atau kampus institusi pengajian tinggi (IPT), sistem ‘walk-in’, vaksinasi berbayar oleh sektor perubatan swasta, penglibatan kerajaan negeri dan sebagainya.

Steven berkata, beliau juga mengemukakan permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperoleh vaksin Covid-19 daripada pihak swasta bagi kegunaan rakyat Pulau Pinang.

Advertisement

“Rakyat sudah tidak terdaya lagi berdepan PKP, justeru kerajaan perlu mempercepatkan kadar vaksinasi. Ini sudah tentu melibatkan semua pihak, sama ada kerajaan, pembangkang, swasta, NGO dan rakyat secara amnya.

“Isu-isu ini sepatutnya dibangkitkan di Parlimen, tapi malangnya Parlimen digantung,” katanya.

Tambah Steven, ahli-ahli Parlimen terlibat juga mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana bersikap profesional mendengar pandangan dan kritikan yang dibangkitkan daripada wakil-wakil DAP.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top