BM | EN | 中文

Ahli parlimen Bukit Mertajam kemuka enam cadangan lindungi ‘rider’

Ahli-parlimen-Bukit-Mertajam-kemuka-enam-cadangan-lindungi-rider.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 APR: Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mencadangkan beberapa langkah yang patut dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi melindungi penunggang (rider) perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing di negara ini.

Beliau yang tular sebelum ini kerana menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang pekerja penghantaran berkata, langkah-langkah perlindungan itu ialah pemberian insentif bersasar kepada rider p-hailing agar mereka mencarumkan diri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017.

Selain itu beliau mencadangkan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran diwajibkan menyediakan alat-alat keselamatan rider yang memenuhi piawaian.

Advertisement

Cadangan ketiga dikemukakannya ialah pelaksanaan sistem upah yang lebih baik kepada rider dan pelaksanaan insentif masa penghantaran lebih munasabah yang tidak memaksa rider bergegas mengejar masa dan terburu-buru.

Cadangan kelima ialah pelaksanaan sistem rating yang lebih adil dan mengutamakan keselamatan rider terutamanya semasa di jalan raya dan mewujudkan tribunal bebas bagi sektor p-hailing (dan e-hailing) untuk mengendalikan rayuan dan aduan permasalahan antara rider dengan syarikat.

Baru-baru ini, kerajaan telah melaporkan bahawa sepanjang setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal melibatkan penunggang penghantaran barangan dan makanan ataupun rider p-hailing.

Advertisement

Berikutan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan peraturan baru untuk mengawal selia sektor p-hailing

Justeru itu Steven berkata, dalam penyediaan peraturan kawal selia tersebut, beliau berharap kerajaan agar jangan terlalu menekan rider dengan pelbagai kekangan baru.

“…sebaliknya melihat kepada bagaimana untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan selamat bagi rider sektor p-hailing,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top