KOTA KINABALU, 2 OKT: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara terbabit disahkan oleh sumber Parti Warisan Sabah (Warisan).
Mendiang menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.
Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, Liew awal minggu ini dimasukkan ke hospital dan dilaporkan koma sebelum ini.
Takziah kepada keluarga mendiang.
Johorkini