BM | EN | 中文

Ahli parlimen Bakri agih bakul makanan melibatkan sembilan masjid dan surau

Ahli-parlimen-Bakri-agih-bakul-makanan-melibatkan-sembilan-masjid-dan-surau.jpg

Gambar Ehsan FB Pusat Khidmat Parlimen Bakri

Advertisement

MUAR, 10 SEPT: Selain mengagihkan bakul makanan, program edaran bantuan menjadi medan pertemuan bersama ahli jawatankuasa surau dan masjid dengan wakil rakyat, kata ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.

Menurutnya, bantuan bakul makanan itu akan diserahkan kepada wakil beberapa kariah masjid dan surau dalam parlimen Bakri agar dapat diagihkan kepada rakyat yang terjejas kehidupan dan pendapatan susulan wabak COVID-19.

“Program ziarah masjid, surau dan agihan bakul makanan diteruskan lagi. Kali ini melibatkan sembilan buah masjid dan surau,” menurut Bee Yin.

Advertisement

Antara penerima ialah Masjid As Syakirin Kampung Kenangan Dato Abdullah Jaafar, Surau Taman Bakri Indah, Surau Al Hidayah, Surau Al Falak Kg Baru, Surau Al Hadi Batu 6, Surau Parit Beting, Masjid Al-Munir, Batu 3, Surau Muhammadiah, Batu 3 dan Surau Al-Barakah, Batu 2.

Beliau berkata, sumbangan itu diharap membolehkan mana-mana individu atau keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan bekalan makanan.

Dalam pada itu, Bee Yin turut memaklumkan semasa program sumbangan di Surau Parit Benu, beliau dimaklumkan bahawa beberapa fasiliti awam di kawasan surau tersebut perlu dibaikpulih.

Advertisement

“Kami telah mendapat aduan daripada ketua kampung dan pengerusi surau.

“Sebelum ini kalau hujan, keadaan tanah di perkarangan surau sering berlecak dan licin, dan menyukarkan kenderaan seperti kereta dan motosikal untuk meletakkan di perkarangan surau dan lebih bahaya jika berjalan kaki,” katanya.

Justeru beliau berharap pihak dapat menyegerakan kerja baikpulih bagi kemudahan penduduk setempat dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top