BM | EN | 中文

Ahli parlimen anjur ‘Bazar Sayangi Kluang Kembali Ke Sekolah’ bantu keluarga, pelajar kurang berkemampuan

Bazar-Sayangi-Kluang-Kembali-Ke-Sekolah.jpg
Advertisement

KLUANG, 11 JAN: Pejabat ahli parlimen Kluang dengan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Kluang mengadakan Bazar Sayangi Kluang Kembali Ke Sekolah bertujuan untuk membantu keluarga dan pelajar yang kurang berkemampuan di daerah ini.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, antara yang disediakan termasuk alat tulis, beg dan pakaian sekolah terpakai yang telah disalurkan oleh orang ramai dalam bazar ini untuk diagihkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

“Kami harap usaha ini dapat meringankan beban ibu bapa yang mungkin dalam keadaan yang sukar untuk menanggung perbelanjaan anak-anak mereka yang akan ke sekolah.

Advertisement

“Anda juga boleh menghulurkan bantuan dengan menyebarkan tentang #BazarSayangiKluang Kembali Ke Sekolah ini kepada orang ramai,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Beliau terdahulu turut hadir meninjau suasana Bazar #SayangiKluang Kembali Ke Sekolah yang dijalankan di Dewan Muafakat Kampung Tengah, disini.

Tinjauan mendapati para ibu ibu bapa turut membawa anak-anak mereka untuk memilih sendiri barangan keperluan sekolah dan program dijalankan dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PK).

Advertisement

Shu berkata, kepada berminat untuk menyalurkan sebarang bantuan dari segi keperluan persekolahan seperti alat tulis atau baju sekolah boleh menghubungi Puan Norzila di talian 019-7652726.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top