KLUANG, 21 SEPT: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengagihkan bakul makanan kepada anggota bomba dan penduduk di kawasan parlimen ini yang sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Katanya, melalui bantuan tersebut, mereka dapat menjalani kuarantin di rumah dengan tenang dan dapat memberi tumpuan kepada usaha untuk memulihkan kesihatan.
“Pejabat saya telah mengagihkan bakul makanan kepada 18 anggota bomba yang sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
“Anggota bomba juga sebahagian daripada ahli barisan hadapan kita, kesejahteraan dan keselamatan mereka amat penting kita semua, kerana jika ada kecemasan, merekalah yang kita harapkan untuk sampai dahulu.
“Semoga dengan bantuan yang tidak seberapa ini, mereka dapat menjalani kuarantin di rumah dengan tenang dan dapat fokus untuk memulihkan kesihatan mereka.
Terima kasih saya ucapkan kepada abang-abang bomba kita atas jasa mereka sebagai petugas barisan hadapan. Saya mewakili pejabat saya mendoakan mereka untuk cepat sembuh dan kembali bertugas dalam keadaan sihat,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Wong Shu Qi mengagihkan set beg kuarantin Sayangi Kluang
“Kami akan terus hantar kepada mereka yang perlu sehingga stok habis. Terima kasih pemandu express Grab yang tolong kami hantar ke pintu depan rumah mereka.
“Kita belum menang lagi, jumlah kes positif masih tinggi di Kluang. Minta saudara saudari jaga diri ikut SOP.
Sekiranya anda perlukan beg kuarantin SayangiKluang kerana anda telah sah positif dan disuruh kuarantin di rumah, anda boleh memohon,” katanya lagi.
Johorkini