BM | EN | 中文

Ahli MPT Bersatu perlu jaga adab berbahasa – AMANAH Johor

khalim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 17 JUN: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman ditegur agar menjaga adab berbahasa ketika mengeluarkan kenyataan.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib manyatakan dengan memberi gelaran seorang manusia seperti binatang adalah suatu yang kurang sopan.

Beliau turut mencadangkan untuk Faiz Na’aman melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa agar beliau pandai untuk menjaga adab dalam pertuturan.

Advertisement

“Dia kena pergi sekolah untuk belajar matapelajaran Bahasa Melayu semula kerana sebagai parti yang kononnya membawa teras bangsa Melayu dilihat kurang beradab.

“Jika kita nak mempertahankan seseorang pemimpin sekalipun usahlah sehingga berkata-kata dalam keadaan yang emosi dengan menggelarkan orang sebagai binatang.

“Beliau perlu tahu asas demokrasi sudah semestinya wujudnya desakan dan pandangan yang berbeza. Itu lumrah dalam berpolitik dan janganlah kita terlalu emosi dengan mengeluarkan kenyataan yang merapu,” tegasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Hari ini Faiz Na’aman dalam satu kenyataan menyifatkan desakan untuk membuka semula parlimen sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengira situasi wabak Covid-19 yang masih mengganas.

Kata Faiz, desakan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai “binatang politik”.

Tambah Muhammad Faiz, jika parlimen dibuka sekarang, bukan saja ahli-ahli Parlimen terdedah dengan varian-varian baru Covid-19 yang lebih ganas, tapi juga semua pihak lain termasuk tukang cuci, pengawal keselamatan, hinggalah kepada staf parlimen.

Advertisement

Menurut Muhammad Faiz, desakan untuk Muhyiddin berundur juga tidak perlu dibuat kerana pengerusi Bersatu itu telah memberi jaminan bahawa Parlimen boleh dibuka semula apabila pelan pemulihan negara berkaitan Covid-19 memasuki fasa ketiga.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top