BM | EN | 中文

Ahli Lembaga Pelawat HSA Johor Bahru serah peralatan, sumbangan Tabung Kecemasan Covid-19

Ahli-Lembaga-Pengarah-HSA-Johor-Bahru-serah-peralatan-sumbangan-Tabung-Kecemasan-Covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUN: Tabung Kecemasan Covid-19 yang dilancarkan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru berjaya menerima sumbangan dalam bentuk peralatan dan kewangan yang mencecah nilai hampir RM500,000.

ALP HSA Johor Bahru dalam kenyataannya hari ini berkata pelbagai sumbangan lain turut diterima dan telah pun diserahkan kepada pihak hospital bagi membantu keperluan pasukan kesihatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyerahan dibuat dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Pengarah HSA Johor Bahru, Dr Mohtar Pungut.

Advertisement

Antaranya peralatan Dahua Thermal Human Temperature Measurement Solution yang berharga RM75,000 daripada pihak Matrolink Sdn Bhd dan Teletouch Technologies Sdn Bhd yang telah diserahkan kepada Pengarah HSA Johor Bahru.

Menurut ALP HSA Johor Bahru, peralatan itu diharap dapat membantu proses saringan kesihatan kepada pelawat, pekerja dan pesakit yang datang ke hospital itu.

“Inisiatif ini mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak masyarakat termasuk golongan individu, korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik dan sukarelawan tempatan kepada Tabung Kecemasan Covid-19 ALP-HSA Johor Bahru.

Advertisement

“(Ia) secara langsung atau tidak langsung bagi membantu apa sahaja keperluan pasukan kesihatan HSA di waktu PKP,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan HSA Johor Bahri merupakan hospital pertama memasang peralatan itu.

Ia mampu memberi penyelesaian kepada langkah pemeriksaan suhu dengan tepat, selamat dan berkesan selain menjalankan pemeriksaan suhu tanpa sentuhan dengan hantaran maklumat pantas.

Advertisement

Selain itu katanya peralatan itu mampu menjalankan pemeriksaan berbilang individu dengan akses cekap selain pengesanan tanpa topeng untuk kawalan pintar.

BACA: Jangan harap kerusi BN, kata Khaled Nordin kepada parti Gerakan

“Pihak ALP dan pihak warga kerja dan pengurusan HSA Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang teribat dalam menjayakan Tabung Kecemasan Covid-19 ALP-HSA Johor Bahru.

Advertisement

“Semoga segala usaha yang ikhlas daripada semua pihak diterima akan terus membantu pihak HSAJB di masa akan datang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top