BM | EN | 中文

Ahli keluarga perlu peka dengan soal kesihatan mental – Permaisuri Johor

zarith-sofiah.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Kesedaran soal kesihatan mental perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat khususnya ahli  keluarga agar dapat dikesan lebih awal dan langkah pencegahan dapat diambil, titah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris, hari ini.

“Perhatian lebih berat perlu diiberikan terhadap isu kesihatan mental kerana ia boleh dibantu dan kesan buruknya dicegah, bermula daripada kalangan ahli keluarga kita sendiri atau anggota masyarakat sekeliling kita.

“Saya berharap masyarakat menyedari bahawa ada badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa sedia menolong mereka yang merasa gelisah atau sedang menghadapl masalah peribadi melalui panggilan telefon, seperti Samaritan, misalnya,” titah baginda.

Advertisement

Baginda bertitah demikian pada Majliss Perasmian Seminar Mind X dan Seminar Virtual Psikologi & Kaunseling Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Negeri Johor yang diadakan secara maya di sini.

Menurut Raja Zarith Sofiah, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan juga memberi kesan kepada kesihatan mental pelbagal lapisan masyarakat.

“Peraturan-peraturan ini, walaupun bertujuan melindungi kita daripada bahaya pandemik ini, turut dilihat sebagal kekangan yang menyukarkan kita menjalani kehidupan seharian yang telah biasa kita nikmati.

Advertisement

“Ramai dalam kalangan rakyat telah kehilangan kerja atau punca pendapatan dan menghadapi kesulitan kewangan. Keadaan ini amat mencabar, terutamanya dari aspek kesihatan mental,” titah baginda.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top