BM | EN | 中文

Agropreneur Selangor bantu jual lambakan hasil tani, harga murah 50 peratus

Agropreneur-Selangor-Agrosel.png
Advertisement

SHAH ALAM, 14 JUN: Agropreneur Selangor (Agrosel) akan membantu menjual hasil lambakan pertanian di bawah program Agro Prihatin Selangor di dua premisnya dan secara dalam talian.

Pengerusinya, Mohd Bukhari Bachok berkata dua premis itu terletak di Bangi dan Pandan Indah manakala platform dalam talian pula menerusi agroshop.com.my.

“Bagi mengurangkan pergerakan orang ramai untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19, AgroSel ambil inisiatif perkenalkan transaksi dalam talian.

Advertisement

“Seperti diumumkan sebelum ini, harga jualannya lebih murah 50 peratus berbanding harga pasaran,” katanya, lapor SelangorKini.

Di bawah program Agro Prihatin Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membelanjakan RM500,000 untuk membeli jagung, cili dan pisang bagi mengatasi lambakan hasil tani.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top