BM | EN | 中文

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat sambut Thaipusam

ydp-agong-permaisuri.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan dan kedamaian di samping mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa,” menurut hantaran itu.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top