BM | EN | 中文

Agong, Permaisuri zahir takziah pemergian Osman

Agong-Permaisuri-zahir-takziah-pemergian-Osman-Copy.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang telah kembali ke Rahmatullah, semalam.

Istana Negara menerusi laman Facebooknya berkata, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Advertisement

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negeri Johor dan negara,” menurut hantaran itu.

Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.45 malam semalam di rumah anaknya, Nornekman di Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham merupakan Menteri Besar Johor bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top