BM | EN | 中文

Agong perkenan tangguh sidang khas, beri peluang kemuka calon PM

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Yang di-Pertuan Agong memberi peluang kepada ahli Dewan Rakyat untuk mengemukakan nama calon Perdana Menteri, menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda bertitah turut berkenan dengan keputusan diambil Speaker Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Mac ini.

“Berdasarkan proses temubual ini, Seri Paduka Baginda masih belum memperolehi keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Advertisement

“Seri Paduka Baginda seterusnya akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Pihak Istana akan berhubung dengan Ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan tersebut, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Ibni Sultan Ahmad Shah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara.

Advertisement

Ia atas kerjasama pihak-pihak yang terlibat dalam proses temubual di antara Seri Paduka Baginda dengan ahli-ahli Parlimen yang telah berlangsung selama dua hari bermula Selasa, 25 Februari lalu di Istana Negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top