BM | EN | 中文

Agong perkenan Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri

IMG-20200229-WA0032.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Yang DiPertuan Agong berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke-8 buat negara ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu perkara tersebut.

Menurut beliau, istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.

Advertisement

“Istana Negara hari ini menerima senarai pencalonan bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat bebas.

“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Yang DiPertuan Agong, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin Yassin,” katanya.

Tambah Ahmad Fadil, perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dibuat selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

“Yang DiPertuan Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Proses seterusnya adalah majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top