BM | EN | 中文

Agong panggil Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat menghadap – Laporan

rais-azizan.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Yang di-Pertuan Agong telah meminta Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Rais Yatim untuk menghadap.

Free Malaysia Today melaporkan, Rais mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Selasa depan (29 Jun).

Laman itu turut mengesahkan jemputan dengan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Shamsuddin semalam.

Advertisement

Manakala portal berita The Vibes sebelum itu memetik sumber yang mengatakan bahawa pertemuan itu kemungkinan berhubung permbukaan parlimen.

Perkembangan ini hadir ketika Perikatan Nasional dikritik kerana hanya akan membuka parlimen paling awal pada Ogos, meski Agong menzahirkan pandangan agar sidang parlimen dimulakan dengan segera.

Majlis Raja-Raja juga sebelum ini telah mendesak agar sidang parlimen diadakan segera.

Advertisement

Sebelum ini, Azizan dan Rais mencadangkan agar persidangan hibrid parlimen diadakan pada akhir Ogos atau awal September.

Menurut Peguam Negara, Idrus Harun, terpulang kepada kabinet menasihati Agong tentang tarikh sidang parlimen.

Parlimen telah digantung sejak 11 Jan apabila darurat berkuat kuasa.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top